Monday 30 September 2013

Promosi MAS untuk kakitangan kerajaan

Aigooo! sakit hati pun ade. Macam mana boleh tak tau ni? Rugi sangat ni. Ha mesti semua cakap camni kan?????  Aku tak menyesal pun. sekarang la tak menyesal, awal pagi tadi menyesal.

alkisahnya, kak Dila tunjuk promosi untuk kakitangan kerajaan. Ke Bali cuma RM160 pergi balik. Mau xmelompat aku. Ha so bincang-bincang nak pergi ramai-ramai la dengan cikgu-cikgu sini. so dari pkul 10 lebih call airport, call MAS semua. Dugaan...queu panjang nak cakap dengan operator. Lepastu call MAS holiday. Lega dapat cakap dengan operator. So masalahnya sebab kat Limbang ni ade kaunter maswing je, tak dapat buat bayaran.

So bincang-bincang, bookingla dulu, pas sekolah terus ke Miri untuk buat bayaran. Ha gila tak? sebab nak ke Miri amek masa 5 jam kot. sanggup sebab nak murah. Kira-kira punya kira sekali die bagitau harga KL-Denpasar untuk seorang RM519. What??? Pastu pekejadahnya yang RM160 tu?

Mula makcik nak naik angin ni. Habistu apebende yang RM160. sekali die kate DARI RM160. maksudnya yang aku dapat  ni harga RM519. Heh! terus letak telefo .

Nak salahkan siapa ni? aku yang tak pandai ke MAS yang gila? Agak-agakla, kekampungan aku memang mengaku, tapi sakit hati ni. Cuba buat promosi tu jelas-jelas, hm nak mengamuk. Nasib tak jadi pergi Miri. Kalau pergi Miri tadi memang menangis tak berlagu la.... So... yang tak dapat beli tiket murah tu tak yah sedih. Sebab chance korang dapat harga yang sangat murah tu kononnya adalah sangat tipis.

Sekian melaporkan.

Wednesday 11 September 2013

Elaun pedalaman nak ditarik?

salam...
aduhai sesak sikit rasa minggu ni. banyak benda yg nk disetelkan. pagi tadi ade dengar satu kejutan kat bilik guru..elaun p2 iaitu rm1000 nak ditarik balik. apakah??

tahun lpas cmni jugak tapi kes epw, elaun perumahan wilayah. oleh sebb aku bertukar wilayah makanya layak epw rm500. tp tibe2 tgh tahun dtg surat yg nyatakan guru pedalamn xlyak dpt epw cume lyk itp 250. masih sbr. die xpk ke walau ddk pdalmn stay kt sekolh, kitorg ni masih perlu mnyewa kt bndr lg,

tibe2 ni nk tarik elaun p2. adoi korang pk ap sbnrnye? walau ade akses jln raya sekalipun, jln bukn elok, ni pon jmbtan roboh xleh nk lalu, lg satu! buknnye dpt berulang pon..jauh ok. hmmm dahla epw kene tukar jd itp, elaun pedalamn nk ditarik, aku rase baik aku ddk ngajar kat pekan tu. sebabnya epw dpt, blh ddk kat bandar ulang alik tiap hari. xyah kje lbih masa kat sekolah. aku rase tak berbaloi langsung.. klu dlu org leh bangga ngajar kat pedalaman sbb elaun tggi kan? sekarang ni baik xyah ajar pedalaman, sebb gaji ko ngn gaji cgu ajar bandar sama je.

haih bukn mata duitan! bukan! tapi elaun tu la motivasi sbnrnye? aku sedar tugas mndidik anak bngsa. tapi cube fikir, setiap masa ko berada kat kawasan sekolah. tiap petang ko ade aktiviti kokurikulum, tiap petang malam ade kelas tambahan. tak berbayar pon semua tu. kami kat ulu ni akur je. tak kami berkire. kami buat sedaya upaya kami. untuk sekolah kami. hmm

tapi bile elaun ni nak ditarik balik, ampun! aku bukanlah org yg dapat tahan semua ni. dahla jauh dari kluarga dari suami. duit tu la gune beli tiket flight jumpe suami, huk ingat senang ke hidup jauh dari suami! *nangis*

confirm aku isi mintak pindah!  biala ape org nak cakap pon. xkesah!



TAPI EGTUKAR AKU ADA MASALAH XDAPT ISI! CHILLLLLLLLLLLLLL

Monday 9 September 2013

Hari Pelapor

Salam.
Ha dah macam pulapol pulak dah kalau salah sebut. hahaha sengal je rasenye. Hari pelapor ni aku pun tak tau sapa yang bagi nama tapi to be clear, its Hari Bertemu Pelanggan actually.ekekeke. ala ibu bapa jumpa cikgu tu la...

Ha aku kan guru kelas, gigihlah malam semalam baru terkial-kial tulis komen untuk keputusan ujian diorang. Sikit confuse la sebab asal sekolah tak buat masa exam pertengahan tahun? ni cume exam pertengahan semester 2 je kot. hahaha lantakkan!

Jadi lepas jumpe mak bapak komen-komen sikit ape yang perlu, then mohle kite bergerak ke kelas. Sebabnye? Sebab ada gotong-royong penduduk kampung dengan kelas angkat masing-masing. Hehe dalam kepala aku hari sebelum kejadian tu macam-macam nak suruh buat weh! serious ok. nak suruh lap kipas lap lampu lap dinding kelas. Yelah, dinding tu cat putih tpi aku nampak warna kelabu je. hahaha kenapakan?

Jadi tadi berkobar-kobarlah naik kelas, sekali tengok semua indai-indai. apai-apai takde. hahaha cemana ni? tak kan nak suruh mak-mak ni panjat meja lap dinding. kalau jatuh rase bersalah aku nanti. jadinye tak jadi suruh lap dinding. Mintak tolong cuci kipas dengan lampu je la. jadilaaa.

Yang part best bile diorang offer nak buatkan tempat letak pensel untuk semua meja budak-budak kelas aku. Yelah, mak bapak sini concern tau dengan anak diorang. Kebetulan esok dah mula UPSR, jadi diorang ni tidur dekat sekolah tau sebab nak tunggu anak-anak. Kalau nak berulang tak mampu, jauh dari rumah. So, diorang kata sambil tunggu anak sambil diorang menganyam. Hahaha aku ape lagi, hoyeah hoyeah je la kan. i iz happy la weh!

So disebabkan aku ni berdedikasi kan, buat kerja banyak, jadi gambar non hado! haha maafkan diri sendiri. Tunggulah tempat pensel tu siap, pastu baru aku tempek gambo. Baru la semangat sikitkan. hihi

nemu daek? hihi

Sunday 8 September 2013

Pertandingan Keceriaan Kelas

Salam..
Normal la duduk kat sekolah, memang pertandingan macam ni tak akan miss setiap tahun. mula-mula dulu masa datang, terus dapat jawatan guru kelas tahun 3. Ha jangan main-main. Masa tu semangat gila berkobar-kobar nak hias kelas tapinye banyak halangan dan rintangan terutama dari segi kewangan. semestinya. Jadi niat tu terkubur di situ. Cuma aku sempat beli kain untuk alas papan kenyataan kat belakang kelas. Uzur kelas ni. daif sangat. Murid masa tu 16 orang, duduk dalam kelas yang sempit. Ye, macam sikit ye? Nama pun Sekolah Kurang Murid (SKM) Haruslah murid pun sikit je. huhu pedalaman lagi tu.

Jadi, tahun ni aku pun semangat light-light je la nak hias kelas tu. Cuma aku tambah la sikit beli jam untuk kelas. Murid tahun ni 12 orang je. so kelas tak adelah padat sangat kan. Adelah ruang untuk budak dan cikgu bersiar-siar dalam kelas. hahhaha. Kelas aku keputusan dia takdelah drop sangat walau xcantik pun kan.... cume adelah sekali dua dapat nombor last-last. hihihi

Jadinya sebelum cuti raya tu, PIBG sekolah baik hati untuk sumbangkan RM200 untuk setiap kelas, jadi cikgu-cikgu kenelah hias kelas. Memangla syok tapi awal-awal tu tak adela bersemangat sangat. hihi. Sampailah bulan lepas tiba-tiba aku dapat result tengok kelas aku di tempat tercorot! what??? Gile lah aku sentap. Hodoh sangat ke kelas aku ni?

Jadi masa ni berkobar-kobarlah aku nak menghias kelas. Tapi malangnya bukan aku je berkobar sebab semua kelas lain pun cikgu die berkobar-kobar. hahaha Kebetulan kelas aku dah beli kain biru tahun lepas, aku decide untuk wat kelas tema biru. hehe langsir pun aku dah beli warna biru awal tahun lagi. Jadi menghiaslah aku dengan jayanya.

Hari jumaat lepas minggu pertama dinilai. ade baki lagi 3 minggu. semua cikgu bertungkus lumus. aku pun dah naik pening nak buat ape lagi untuk kelas aku tu. haih. So untuk cuci mata dan kenangan meh aku tempek gambar dalam kelas aku yang taklah seberapa cantik tu.

keadaan sebelum kejadian. haha

upgrade meja letak lapik meja balut dengan tikar

yang ni dah upgrade letak sudut 1 Malaysia

ha tengok papan dah penuh sikit

comel tak???

 
yeay! murid pun senyum meja dah pasang skirting

sampai sekarang cikgu ni tension sebab kelas lain semua cantik-cantik, Ni yang buat cikgu tak sabar balik semenanjung ni, hahaha nak memborong barang kelas! Alang-alang MAS 30kg kan?? Apedehal! hahaha bye.

Berperang Dengan Tikus

Salam..
Haha tajuk je dah buat aku scary. Bukanlah sebab aku ni penakut ngan tikus tapi sebabnya aku ni geli dengan tikus. Alkisahnya duduk rumah kayu, tepi hutan belantara, apa yang kau expect kalau tak dikelilingi dengan haiwan segala macam haiwan?

Cuti raya haritu aku dengan senang hati meninggalkan bilik dengan bersih dan kemas, Yelah..nanti bila dah balik sini tak adela kau nak tension nak mengemas rumah bagai kannn! So sampai je rumah dengan riang gumbira aku buka pintu bilik. Hoyeah!!!! najis cik tikus merata-rata. Atas katil atas lantai dalam almari baju! ha amek kau. Tarik nafas dalam-dalam.....1..2..3..Jerit!

Maka dengan berpenat lelah mengemaslah aku ni..sob! sob! Basuh baju satu almari. satu almari ok. Jemur tilam mop lantai. Memang tak siap satu hari. Aku ambil masa seminggu nak siapkan semua tu. Hmm apa nak buat..redha je lah.

Sekarang ni tiap malam aku dengar bunyi tikus korek2 dinding bilik aku ni. I iz sedih tau. Kenapa mesti bilik aku yang kene korek-korek ni? Mesti sebab bilik aku sebelah toilet ngn dapur kan? memangla..... hm tapi tak nak suh aku alih bilik tempat lain pulak. hahaha melampau. Chill je la nampaknya.

So, hidup kat pedalaman ni bukanla suatu yang mudah, bukan jugak suatu bende yang susah. as long as ko dapat adapt dengan benda-benda sekeliling korang, you deserved a big clap ok! hihi Siapa yang anak emak mummy mama yang tak pernah susah, kat sini la korang belajar erti kehidupan sebenarnya. Kat sini lah belajar jadi MANUSIA sebenarnya.

Hidup kita ni bukan selalu seronok bila dikelilingi wayang, shopping mall semua, eh dikelilingi tikus pun awesome tau! *matakeatas* haha tapi serius ni. Sebab masa korang teserempak dengan tikuslah korang akan lari satu rumah macam tak cukup tanah dan jerit satu rumah sampai takde suara! hahaha Aku la tu yang watnye!

Heaven!

apa tengok-tengok?

Saturday 7 September 2013

Sekolah Kebangsaan Kuala Medalam, Limbang

Salam..

Ye...Limbang. Pernah dengar nama Limbang? Malam tu dengan debaran aku cek penempatan untuk student PISMP. Terkejut sangat sebab dapat Sarawak. Tapi redha je lah. Esoknye telefon call PPD Miri, mereka beritahu aku dapat di PPD Limbang. Haiyo! First time aku dengar nama Limbang ni. Dengan debaran call PPD Limbang, akhirnya tau aku ditempatkan di SK Kuala Medalam. Medalam? dalam sangat ke???

Memangla dalam. P2 kau! ha...terkedu la sekejap. Air pakai tadahan hujan. Api pakai generator. Mama la paling risau. Aku buat-buat ok je la sebab tak nak mama risau sangat. Dalam kepala dah imagine naik perahu tapi alhamdulillah sejak akhir tahun 2011, dah ade jalan yang menghubngkan sekolah dengan bandar. hoyeahhh di situ ye.

Perjalanan ke sekolah ambil masa lebih kurang 2 jam masa tu sebab jalan tak berapa nak elok, Naik turun bukit, sekejap jalan batu, sekejap jalan tar. Ha memang nak menangisla kan, tapi cover sebab Guru Besar yang datang ambil. Sampai kat sekolah, tengok sekolah ni dah mula berdebar sebab situ semua orang Iban. Budak-budak datang angkatkan beg semua. First time aku tak faham ape bende diorang cakap!!!! huhuk

Jadinya, tanggal 19 Januari 2012 bermulalah episod aku sebagai seorang guru yang mengajar di pedalaman. sekarang dah hampir dua tahun aku kat sekolah ni. Memang banyak sangat pengalaman yang aku dapat, Jaku Iban pun aku dah faham. tapi tak reti cakap. haha pun boleh!!

Rasa rugi tak mula menulis dari awal dulu. Hmm tapi bagusla jugak dari tak ade apa-apa langsung untuk dikongsi. Sekurang-kurangnya, bila ade guru-guru baru yang search pasal SK Kuala Medalam, adela jugak terselit entry ni. Dari aku dulu, satu ape pun tak keluar pasal sekolah ni. Ha memang betapa pedalam sangat sekolah ni aku rasa. Tapi... tak kenal maka tak cinta!!

my home sweet home

Hello!

Salam!
Saje nak buat blog baru sebab dah bosan dengan blog lama. boleh tak? ahaha
Blog ni mungkin lebih personal. mengenai dunia guru mungkin. berkisar tentang perihal murid-murid.

Posting di mana?
Next entry!