Sunday 8 September 2013

Pertandingan Keceriaan Kelas

Salam..
Normal la duduk kat sekolah, memang pertandingan macam ni tak akan miss setiap tahun. mula-mula dulu masa datang, terus dapat jawatan guru kelas tahun 3. Ha jangan main-main. Masa tu semangat gila berkobar-kobar nak hias kelas tapinye banyak halangan dan rintangan terutama dari segi kewangan. semestinya. Jadi niat tu terkubur di situ. Cuma aku sempat beli kain untuk alas papan kenyataan kat belakang kelas. Uzur kelas ni. daif sangat. Murid masa tu 16 orang, duduk dalam kelas yang sempit. Ye, macam sikit ye? Nama pun Sekolah Kurang Murid (SKM) Haruslah murid pun sikit je. huhu pedalaman lagi tu.

Jadi, tahun ni aku pun semangat light-light je la nak hias kelas tu. Cuma aku tambah la sikit beli jam untuk kelas. Murid tahun ni 12 orang je. so kelas tak adelah padat sangat kan. Adelah ruang untuk budak dan cikgu bersiar-siar dalam kelas. hahhaha. Kelas aku keputusan dia takdelah drop sangat walau xcantik pun kan.... cume adelah sekali dua dapat nombor last-last. hihihi

Jadinya sebelum cuti raya tu, PIBG sekolah baik hati untuk sumbangkan RM200 untuk setiap kelas, jadi cikgu-cikgu kenelah hias kelas. Memangla syok tapi awal-awal tu tak adela bersemangat sangat. hihi. Sampailah bulan lepas tiba-tiba aku dapat result tengok kelas aku di tempat tercorot! what??? Gile lah aku sentap. Hodoh sangat ke kelas aku ni?

Jadi masa ni berkobar-kobarlah aku nak menghias kelas. Tapi malangnya bukan aku je berkobar sebab semua kelas lain pun cikgu die berkobar-kobar. hahaha Kebetulan kelas aku dah beli kain biru tahun lepas, aku decide untuk wat kelas tema biru. hehe langsir pun aku dah beli warna biru awal tahun lagi. Jadi menghiaslah aku dengan jayanya.

Hari jumaat lepas minggu pertama dinilai. ade baki lagi 3 minggu. semua cikgu bertungkus lumus. aku pun dah naik pening nak buat ape lagi untuk kelas aku tu. haih. So untuk cuci mata dan kenangan meh aku tempek gambar dalam kelas aku yang taklah seberapa cantik tu.

keadaan sebelum kejadian. haha

upgrade meja letak lapik meja balut dengan tikar

yang ni dah upgrade letak sudut 1 Malaysia

ha tengok papan dah penuh sikit

comel tak???

 
yeay! murid pun senyum meja dah pasang skirting

sampai sekarang cikgu ni tension sebab kelas lain semua cantik-cantik, Ni yang buat cikgu tak sabar balik semenanjung ni, hahaha nak memborong barang kelas! Alang-alang MAS 30kg kan?? Apedehal! hahaha bye.

2 comments:

  1. salam...eh alvin asut dah tahun 3...cepatnya masa berlalu, flora pun ada hehe dah cantik kelas tahun 3..dulu masa aku jadi guru kelas langsung idea tak mari...selalu kena perli haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslam...aah tahun 3 dah mereka ni. hahah ni kelas kalau tgk dah cntikla jugak tapi tetap dpat nombor corot. hahaha tak tau sebab ape. psiko kot org yg cek sebb kelas tahun 1 ngn 2 kan kelas besar, tahun 3 ngn 4 kan bangunan lama. huhuhu kesian...

      Delete